Darul Ansar N9

Masalah Gangguan Jin, Saka, Sihir, Bekam, Memagar Rumah dan Kedai serta merawat pelbagai penyakit dengan IzinNya melalui kaedah Rawatan Islam. Hubungi En. Roslan (010-6170577) atau En. Naza (012-2716129)

Pulih kedai

Sekiranya anda merasai perubahan menurun secara mendadak kepada jumlah pelanggan ke kedai anda walaupun anda telah melakukan pelbagai usaha, atau pelanggan memberi komen bahawa kedai anda terasa muram, atau pelanggan sangat susah untuk menemui kedai anda, atau masakan anda mudah basi dan sebagainya, kami cadangkan agar anda segera merawat kedai anda supaya tiada anasir sihir atau makhluk halus yang menyebabkan keadaan begitu.

Sekiranya anda memilih untuk mendapatkan khidmat kami, kami menawarkan khidmat memulih kedai termasuk amalan doa, zikir khusus, solat hajat berjemaah, halau makhluk halus, basmi sihir dan pagar secara kaedah Islam juga tips dan perkongsian amalan pelaris dan murah rezeki.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *